Open Tuition Sejarah
10 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 February 2026 (Isnin) telah diadakan Open Tuition Sejarah untuk pelajar tingkatan 1 secara atas talian. Program Open Tuition ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 1. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Open Tuition ini bermula pada pukul 3:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Antara pengisian Open Tuition Sejarah untuk pelajar tingkatan 1 pada kali ini adalah tentang sistem pemerintahan dan kegiatan ekonomi masyarakat kerajaan alam melayu. Modul pembelajaran turut disediakan kepada pelajar yang mengikuti Open Tuition Sejarah ini.
Diharapkan program seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Sejarah pada peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: